iNFO Sykt
Latar Belakang BESTMobile Berhad
BESTMobile diuruskan oleh
BestMobile Malaysia Berhad (Reg. No : 1132252-H), sebuah syarikat 100% milik
bumiputera dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta. BestMobile telah
menandatangani perjanjian dengan FRiENDi Mobile iaitu sebuah syarikat milik
VIRGIN MOBILE MEA dan Kumpulan Perangsang Selangor untuk membangunkan satu
konsep perniagaan B-Brand.
FRiENDi Mobile menjadi
teknologi partner manakala BestMobile menjadi marketing arm yang akan
membangunkan program BESTMobile Aurum Club. Bermula dari 2013, sebagai
Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih atau MVNO, FRiENDi Mobile sendiri menggunakan
rangkaian mudah alih dari talian U-Mobile di Malaysia.
Struktur organisasi pengarah
BESTMobile adalah terdiri daripada 7 orang yang mempunyai kepakaran lebih 10
tahun dengan pelbagai pengalaman dalam bidang minyak & gas, perbankan,
perundangan, teknologi maklumat dan telekomunikasi di dalam dan luar Negara.
BESTMobile menawarkan
perkhidmatan talian telefon mudah alih prabayar yang menggunakan nombor awalan
011-38XX XXXX dengan mempunyai Service Provider Name (SPN) tersendiri iaitu
MyBEST. Selain itu, rangkaian U-Mobile, Maxis dan Friendi Mobile akan menjadi
liputan sokongan bilamana di satu-satu tempat yang tiada liputan MyBEST, secara
automatik akan roaming kepada U-Mobile atau MyMaxis atau Friendi Mobile tanpa
dikenakan sebarang cas tambahan.
BESTMobile adalah industri
yang unik di mana ia merupakan kombinasi antara teknologi telekomunikasi dan
sistem pemasaran pintar. Oleh sebab itu, BESTMobile mahu perkembangan ahli
harus dibantu oleh teknologi yang mampu mengimbangi keperluan pasaran.
BESTMobile bukan sahaja
memiliki sistem SMS tersendiri malah BESTMobile juga memiliki sistem USSD untuk
tujuan pendaftaran & lain-lain pilihan atau langganan kepada pelbagai
perkhidmatan yang terdapat di dalam talian BESTMobile kerana sokongan oleh
teknologi Virgin Mobile yang jauh lebih canggih.
